Popular Product

Countdown
untuk tiba Mini MAHA Peringkat Negeri Sabah 2010

Monday, May 30, 2011

Entilibon Agro and Hardware Telupid

0 comments
Pengedar Agromicrobe Entilibon Agro and Hardware Telupid

Terlebih dahulu pihak Agro Green mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Syarikat Entilibon Agro and Hardware dari Telupid kerana telah membeli produk kami untuk diedarkan di kawasan mereka.

Kepada para petani yang ingin meningkatkan hasil pertanian dan ternakan bolehlah menggunakan produk kami Agromicrobe dan menghubungi Entilibon Agro and Hardware.

agro microbe,baja pertanian,baja subur,baja ternakan,EM
Agromicrobe (EM) 1 liter dan 5 liter



hubungi:Arnold

Saturday, January 8, 2011

Kacang Bendi, Lady Finger

1 comments
Kacang Bendi, Lady Finger, Kacang Tanduk (Sabah)

Percubaan menanam kacang bendi dalam plastik beras 10kg. Nampaknya dah ada tunas buah muncul.

Menggunakan baja kompos cacing dan Agro Microbe
Kacang Bendi, Lady Finger, Kacang Tanduk (Sabah)
Kacang Bendi, Lady Finger, Kacang Tanduk (Sabah)

Thursday, December 30, 2010

Ladang ubi keladi

0 comments
Ladang ubi keladi dan juga tanaman lain yang sedang membuahkan hasil dan juga dalam percubaan

Sunday, December 5, 2010

2.66 juta orang kunjungi pameran MAHA 2010

0 comments
MAHA 2010
SERDANG - Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2010 yang berakhir petang semalam mencatat rekod baru apabila menerima 2.66 juta pengunjung sejak ia bermula pada 26 November lalu.

Pameran yang diadakan di tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) di sini turut menyaksikan jualan semasa yang diperoleh berjumlah RM23.5 juta meningkat sekali ganda berbanding penganjurannya dua tahun lalu.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, prestasi MAHA tahun ini meningkat berbanding MAHA 2008 yang menerima kunjungan seramai 1.2 juta orang, manakala hasil jualan pada tahun itu sebanyak RM9.69 juta.

Katanya, pada pameran kali ini, kerjasama perniagaan berjumlah RM153 juta telah dimeterai berbanding RM133 juta dua tahun lalu.

"Kita nampak berlaku peningkatan cukup memberangsangkan pada penganjuran MAHA 2010 termasuk bilangan gerai meningkat kepada 2,502 gerai berbanding 1,197 gerai pada MAHA 2008.

"Terdapat juga peningkatan terhadap pertanyaan perdagangan sebanyak 184,331 berbanding 155,000 dua tahun lalu. Ini menunjukkan pameran yang diadakan dua kali setahun ini semakin dikenali dan mendapat perhatian ramai," katanya semasa sidang akhbar pada majlis Penutup MAHA 2010 di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
sumber:kosmo

Friday, November 12, 2010

Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan 2010

0 comments
Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan 2010 Peringkat Negeri Sabah

Maklumat adalah seprti berikut:

Acara: Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan 2010
Tarikh: 18 - 21 (hari khamis, Jumaat dan Sabtu), November 2010
Lokasi: Tapak Tamu KPD, Tanjung Lipat, Likas.
Penganjur acara: Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan
Telefon:
Url: www.sabah.gov.my/madfi/hppns2010/hppns2010web.htm
Emel: edwinkks@digiheritage.com

Nota: Hubungi Jabatan Pertanian terdekat untuk mengetahui lanjut mengenai penyertaan.

Thursday, November 11, 2010

Penternakan Cengkerik

4 comments
Penternakan dan Pembiakan cengkerik atau dalam bahasa Inggerisnya dipanggil Crickets

Terfikir pula untuk menjalankan Penternakan dan Pembiakan cengkerik untuk tujuan sendiri. Ini memandangkan minat dalam pemeliharaan seperti ikan. Apa yang saya tahu setakat ini adalah cengkerik mempunyai kandungan protin yang tinggi, yang mana amat sesuai untuk pembesaran dan kecantikan kulit kepada yang memakannya.

Pembelian cengkerik agak mahal dan sukar diperolehi, dengan itu ada baiknya untuk belajar menjalankan Penternakan dan Pembiakan cengkerik ini, dapatlah juga mengurang kos disamping menjual kepada kenalan serta yang paling penting ialah keseronokan dan kepuasan yang diperolehi.

Ketika ini harga seekor cengkerik dewasa ialah rm0.20 seekor (ulat rumbia 'butod' rm0.50 seekor). Walau bagaimanapun harganya berbeza-beza mengikut penjual.

Jika diberikan pada cicak tokek, tokek boleh makan sehingga melebihi 5 ekor cengkerik, ini adalah kos yang tinggi dalam sehari, kalau berbulan dan bertahun mungkin sudah mencecah ribuan ringgit hanya untuk makanan seekor tokek.

Ini adalah permulaan dan akan share info selebihnya di bab-bab akan datang.

-video-

post by: edwin

Thursday, October 28, 2010

Bio Green 2020

1 comments
Kami sedang berkerjasama kepada sesiapa sahaja untuk menjadi agen pengedar produk jenama Bio Green 2020. Kami pernah mengedarkan produk ini tetapi sudah terhenti. Jika anda tahu dimana mendapatkan bekalan produk ini untuk sampai ke Sabah.

Jika anda ada maklumat sila kongsikan disini.
Sekian.
 

AGRO GREEN Pengusaha dan pembekal Baja kompos organik dan Agro Microbe Design by Insight © 2009