Thursday, December 30, 2010

Ladang ubi keladi

0 comments
Ladang ubi keladi dan juga tanaman lain yang sedang membuahkan hasil dan juga dalam percubaan

Sunday, December 5, 2010

2.66 juta orang kunjungi pameran MAHA 2010

0 comments
MAHA 2010
SERDANG - Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2010 yang berakhir petang semalam mencatat rekod baru apabila menerima 2.66 juta pengunjung sejak ia bermula pada 26 November lalu.

Pameran yang diadakan di tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) di sini turut menyaksikan jualan semasa yang diperoleh berjumlah RM23.5 juta meningkat sekali ganda berbanding penganjurannya dua tahun lalu.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, prestasi MAHA tahun ini meningkat berbanding MAHA 2008 yang menerima kunjungan seramai 1.2 juta orang, manakala hasil jualan pada tahun itu sebanyak RM9.69 juta.

Katanya, pada pameran kali ini, kerjasama perniagaan berjumlah RM153 juta telah dimeterai berbanding RM133 juta dua tahun lalu.

"Kita nampak berlaku peningkatan cukup memberangsangkan pada penganjuran MAHA 2010 termasuk bilangan gerai meningkat kepada 2,502 gerai berbanding 1,197 gerai pada MAHA 2008.

"Terdapat juga peningkatan terhadap pertanyaan perdagangan sebanyak 184,331 berbanding 155,000 dua tahun lalu. Ini menunjukkan pameran yang diadakan dua kali setahun ini semakin dikenali dan mendapat perhatian ramai," katanya semasa sidang akhbar pada majlis Penutup MAHA 2010 di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
sumber:kosmo

Friday, November 12, 2010

Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan 2010

0 comments
Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan 2010 Peringkat Negeri Sabah

Maklumat adalah seprti berikut:

Acara: Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan 2010
Tarikh: 18 - 21 (hari khamis, Jumaat dan Sabtu), November 2010
Lokasi: Tapak Tamu KPD, Tanjung Lipat, Likas.
Penganjur acara: Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan
Telefon:
Url: www.sabah.gov.my/madfi/hppns2010/hppns2010web.htm
Emel: edwinkks@digiheritage.com

Nota: Hubungi Jabatan Pertanian terdekat untuk mengetahui lanjut mengenai penyertaan.

Thursday, November 11, 2010

Penternakan Cengkerik

5 comments
Penternakan dan Pembiakan cengkerik atau dalam bahasa Inggerisnya dipanggil Crickets

Terfikir pula untuk menjalankan Penternakan dan Pembiakan cengkerik untuk tujuan sendiri. Ini memandangkan minat dalam pemeliharaan seperti ikan. Apa yang saya tahu setakat ini adalah cengkerik mempunyai kandungan protin yang tinggi, yang mana amat sesuai untuk pembesaran dan kecantikan kulit kepada yang memakannya.

Pembelian cengkerik agak mahal dan sukar diperolehi, dengan itu ada baiknya untuk belajar menjalankan Penternakan dan Pembiakan cengkerik ini, dapatlah juga mengurang kos disamping menjual kepada kenalan serta yang paling penting ialah keseronokan dan kepuasan yang diperolehi.

Ketika ini harga seekor cengkerik dewasa ialah rm0.20 seekor (ulat rumbia 'butod' rm0.50 seekor). Walau bagaimanapun harganya berbeza-beza mengikut penjual.

Jika diberikan pada cicak tokek, tokek boleh makan sehingga melebihi 5 ekor cengkerik, ini adalah kos yang tinggi dalam sehari, kalau berbulan dan bertahun mungkin sudah mencecah ribuan ringgit hanya untuk makanan seekor tokek.

Ini adalah permulaan dan akan share info selebihnya di bab-bab akan datang.

-video-

post by: edwin

Thursday, October 28, 2010

Bio Green 2020

1 comments
Kami sedang berkerjasama kepada sesiapa sahaja untuk menjadi agen pengedar produk jenama Bio Green 2020. Kami pernah mengedarkan produk ini tetapi sudah terhenti. Jika anda tahu dimana mendapatkan bekalan produk ini untuk sampai ke Sabah.

Jika anda ada maklumat sila kongsikan disini.
Sekian.

Tuesday, June 15, 2010

BIO ENZYME

1 comments
BIO ENZYME

KANDUNGAN:


  1. ENZIM
  2. AMINO ASID
  3. HORMON
  4. VITAMIN
  5. PROBIOTIK
  6. BENEFICIAL MICROBE


FUNGSI:


  1. MEMPERCEPATKAN PERTUMBUHAN PUCUK.
  2. MENGALAKKAN PERTUMBUHAN BUNGA DAN BUAH.
  3. MELEBATKAN BUAH DAN MEMPERCEPATKAN PEMBESARAN BUAH.


KELEBIHAN:


  1. SESUAI UNTUK SEMUA JENIS TANAMAN.
  2. BAJA CECAIR ORGANIK YANG DIRUMUS BAGI PEMAKANAN LENGKAP OLEH TANAMAN.

CARA PENGUNAAN


  1. CAIRKAN 40 KALI DENGAN AIR TANPA KLORIN. (1:40)
  2. SEMBUR PADA KESELURUHAN POKOK, BATANG ATAU TANAH.
  3. SEMBURAN PERLU DILAKUKAN SEBELUM JAM 10 PAGI ATAU PETANG SELEPAS JAM 5.


TESTEMONIA PENGUNAAN BIO ENZYME




Saturday, April 3, 2010

Pesta Kalimaran 2010

0 comments
Pesta Kalimaran kali ke-8 akan diadakan pada 2 hingga 4 April 2010 di Pusat Kebudayaan Murut, Tenom. Team AGRO GREEN akan berada disana untuk promosi jualan produk-produk pertanian seperti Agro Microbe, Agro Enzime, Anggur, Baja Subur Organik dan sebagainya.



Jumpa Disana.Inter ra Tenom.

Sekadar Hiasan Ruandu ra Murut (Gadis Murut)

credit:to azlannumpai

Friday, March 26, 2010

Hari Pertama Pameran Mini MAHA Peringkat Negeri Sabah 2010

0 comments
Terima kasih kerana mengikuti perkembangan website ini dan juga perkembangan Mini Maha Sabah 2010. Hari ini (26.03.10) nampaknya masih kurang pengunjung yang datang. Ini kerana masih kerja setengah hari. Walau bagaimnapun sebelah petang pengunjung menigkat sedikit.

Para peserta gerai juga nampaknya masih lagi menyiapkan kerja-kerja akhir, seperti memasang banner,sticker,logo,kem dan keperluan lain.

Kedudukan gerai Agro Green Bertentangan dengan Sektor Perikanan dan agak dekat dengan burung Unta.

Agak menarik perhatian adalah dari jabatan haiwan yang mempamirkan produk mereka seperti Kerbau Albino, Kambing,Lembu Gergasi dan burung unta.

Gambar yg sempat dirakam.
Pameran Burung Unta daripada Jabatan Pertanian. Burung ini sempat bertelur kira-kira 2 biji sempena pamedran tersebut berlangsung.

Gerai Jualan Agro Green

Jarang-jarang, Kerbau Albino [Klon]
 Jangan lupa singgah di gerai kami dan seterusnya membeli yang mana berkenaan.

Sekian.

Thursday, March 25, 2010

Agro Green TV Produk Organik

0 comments
Antara produk-produk organik Agro Green adalah seperti:
1) AGRO MICROBE (EMAS)
2) AGRO VERMIKOMPOS
3) AGRO ENZIME
4) BOOSTER SAYUR
5) BOOSTER SUBUR
6) MEDIA TARIK
7) CECAIR ORGANIK SERANGGA
8) BOOSTER CACING





Mini Maha Peringkat Negeri Sabah 2010

Wednesday, March 24, 2010

Produk Pertanian Sempena Mini MAHA Sabah 2010

0 comments
Salam kembali,
Agro Green akan mengambil bahagian dalam Mini Maha ini dan akan menjual produk-produk seperti berikut:

1)    AGRO MICROBE (EMAS)
2)    AGRO VERMIKOMPOS
3)    AGRO ENZIME
4)    BOOSTER SAYUR
5)    BOOSTER SUBUR
6)    MEDIA TARIK
7)    CECAIR ORGANIK SERANGGA
8)    BOOSTER CACING
Disamping produk-produk yang disenaraikan di atas kami juga akan memperkenalkan produk baru. Apakah produk tersebut?
Jumpa kami disana di gerai Agro Green.

Monday, March 22, 2010

MINI MAHA PERINGKAT NEGERI SABAH 2010

0 comments
PROGRAM MINI MAHA PERINGKAT NEGERI SABAH 26 - 28 MAC 2010
DI PADANG MERDEKA KOTA KINABALU SABAH


ATURCARA PROGRAM

PROGRAM MINI MAHA PERINGKAT NEGERI SABAH 26 - 28 MAC 2010 DI PADANG MERDEKA KOTA KINABALU SABAH

26 MAC 2010 (JUMAAT)

2.00 ptg - 6.00 ptg Peserta Pameran memasuki tapak dan jualan produk-produk
pertanian bermula
8.00 mlm - 10.30mlm Persembahan Rakyat

27 MAC 2010 (SABTU)

8.30 pagi - 6.00petang Seminar Pembangunan Modal Insan Bagi Pegawai
Gred 41 dan 44 Peringkat Negeri Johor
9.00 pg - 10.00 mlm Pameran dan Jualan Produk-Produk Pertanian
9.00 ptg - 6.00 petang Klinik Tani
9.30 pagi - 12.30T/hari Majlis Perasmian Ketibaan Dif-dif Jemputan

* Ketibaan Y. Bhg. Dato’ Mohd. Mokhtar Bin Ismail Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
* Ketibaan Y.B. Datuk Seri Panglima Yahya Bin Husin Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sabah
* Ketibaan Y.B. Datuk Seri Noh Bin Haji Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia
* Ketibaan Y.A.B. Datuk Seri Panglima Musa Bin Aman, Ketua Menteri Sabah
* Nyanyian Lagu Kebangsaan dan Lagu Satu Malaysia
* Bacaan Doa
* Ucapan Aluan oleh Y.B. Datuk Seri Panglima Yahya Bin Husin Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah
* Ucapan oleh Y.B. Datuk Seri Noh Bin Haji Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia
* Ucapan Perasmian oleh Y.A.B. Datuk Seri Panglima Musa Aman, Ketua Menteri Sabah
* Gimik Pelancaran Perasmian Mini MAHA dan Peningkatan Pendapatan Rakyat Peringkat Negeri Sabah
* Penyampaian Insentif / Geran / Pembiayaan
* Sidang Akhbar

2.00 ptg - 5.00 ptg Program siswazah tani
8.00 mlm - 10.30 mlm Persembahan Rakyat

28 MAC 2010 (AHAD)

8.30 pg - 10.30 mlm Seminar Pembangunan Modal Insan Bagi Pegawai
Gred 41 dan 44 Peringkat Negeri Sabah
9.00 pg - 10.00 mlm Pameran dan Jualan Produk-Produk Pertanian
9.00 pg - 5.00 ptg Klinik Tani
9.30 pg - 12.30 T/hari Peluang-peluang dalam Industri Asas Tani oleh;
i) Bahagian IAT
ii) TEKUN
iii) Agro Bank
iv) MARDI
2.30 ptg - 5.00 ptg Demonstrasi masakan

Tarikh Akhir Dikemaskini : 17 Mac 2010

************************************************************************
Jangan Lupa Mengunjungi dan membeli produk daripada Agro Green
MINI MAHA PERINGKAT NEGERI SABAH 2010
Jumpa disana!

Produk-produk yang kami tawarkan seperti enzime, booster sayur, media tarik, booster cacing, organik serangga, vermikompos dan banyak lagi.

Hidup Organik Kitar Semula

Monday, March 8, 2010

Produk terbaru!

0 comments

SYARIKAT KAMI MENGELUARKAN PRODUK ORGANIK PERTANIAN SEPERTI:
AGRO MICROBE

Dan beberapa produk organik pertanian yang lain.

APAKAH AGRO MICROBE?
(GOOD MICROORGANISM)


Agro Microbe adalah cecair/larutan organik yang mengunakan sepenuhnya teknologi Jepun iaitu EM (Eeffective Microorganism)
bagi pertanian alternatif untuk meningkatkan produktiviti tanaman.


• Campuran dari mikroorganisme berfaedah yang menguntungkan
bagi pertumbuhan
tanaman.
• Mengandungi Bakteria Asid Laktik, Bakteria Fototropik dan Yis.



FUNGSI
• Meningkatkan produktiviti/hasil pengeluaran.
• Menguatkan daya ketahanan tanaman dari serangan penyakit dan serangga.
• Menyuburkan tanaman dan mempercepatkan pertumbuhan.
• Menambah bilangan mikroorgansme di dalam tanaman dan tanah.
• Mempercepatkan aktiviti pereputan.
• Menambah kualiti baja kompos.
• Menghilangkan bau busuk/hanyir boleh digunakan
di kandang penternakan, parit dan sebagainya.

KELEBIHAN & KEBAIKAN
• 100% organik
• Meningkatkan aktiviti mikrob berfaedah.
• Meningkatkan ketersediaan nutrien dalam tanah.
Memperbaiki struktur tanah.
. Meningkatkan daya tahan serangga dari serangan penyakit/patogen
Mempercepatkan pembungaan & pengeluaran buah.
• Meningkatkan kesihatan, pertumbuhan, kuantiti dan kualiti pengeluaran
tanaman secara berterusan.

SKOP KEGUNAAN


Sesuai untuk semua jenis tanman pertanian seperti sayur-sayuran berdaun, sayur buah, pokok buah-buahan, tanaman kontan, tanaman industri, tanaman hiasan berpasu dan sebagainya.


Pertanian

Persekitaran

Lain-lain

Kebun sayur

Hotel

Pembersihan

Tanaman Industri

Tangki septik

Rumput

Ternakan

Sungai/tasik/parit

Kolam ikan

Buah-buahan

Rawatan sampah

Fertigasi

Kompos

Rawatan sisa air

Bunga hiasan










SUKATAN


Pertanian

Sayur-sayuran daun, cili, tomato,tembikai dll.

1:500-1:1000

(15ml bagi 10L air *)

Sembur kearah tanah, akar & daun

Penternakan haiwan (untuk minum)

*Cairkan 200 kali (1:200)

Pereputan untuk pengkomposan

*Cairkan 50 kali (1:50)

Menghilangkan bau

*Cairkan 100 kali (1:100)














* larutkan/cairkan Agro Microbe dengan air tanpa klorin.


Pengunaan Agro Microbe dalam pertanian


Agro microbe sangat berguna kepada pertanian seperti tanaman sayur daun, sayur buah, pokok buah-buahan, pembibitan & nurseri.

Agro Microbe bertindak menyuburkan tanah, memudahkan pengambilan nutrien oleh tanaman. Hasil yang diperolehi apabila menggunakan Agro Microbe dalam tanaman adalah seperti berikut:

  • Tanaman adalah organik (bebas kimia)
  • Hasil tuaian meningkat
  • Masa penuaian lebih singkat
  • Tanah dan tanaman menjadi subur
  • Sayuran sihat dan cantik
  • Kurang serangga dan penyakit
  • Tidak perlu mengunakan baja lain
  • Persekitaran bersih, tidak berbau dan tiada lalat



Pengunaan Agro Microbe dalam penternakan

Agro Microbe juga boleh digunakan dalam penternakan haiwan seperti kambing, lembu ayam dan sebagainya.

Agro microbe dicampurkan dalam tanpa klorin (air sungai, air kolam, air hujan) dengan nisbah campuran 1:200. Ini bermakna 1 bahagian Agro Microbe dicampurkan 200 bahagian air. Air campuran tersebut diberi minum kepada ternakan.

Hasil yang diperolehi:

  • Peningkatan berat badan

  • Ternakan lebih sihat & rintang penyakit

  • Daging lebih dari lemak

  • Daging kurang bau

  • Kulit ternakan licin dan cantik







Wednesday, February 3, 2010

Kursus Penternakan Cacing

0 comments



Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia! Kepada sesiapa yang berminat dalam bidang usahawan penternakan cacing kini kami mengadakan "Kursus Penternakan Cacing secara komersil".
Dalam kursus ini peserta akan didedahkan bagaimana menternak cacing, bagaimana 'cacing' boleh buat duit, kepentingan cacing kepada manusia dan alam sekitar, apa prodak hiliran cacing, potensi penternakn cacing di Malaysia khususnya di Sabah, kepentingan pengunaan baja 'vermikompos' kepada tanaman dan banyak lagi.
Peserta amat beruntung kerana dalam kursus ini kami akan memperkenalkan beberapa produk organik pertanian yang berguna untuk tanaman dan haiwan ternakan. Selain itu dalam kursus ini kami bukan sahaja mengajar anda secara teori tetapi juga secara praktikal iaitu pembuatan medium makanan cacing dan menuai vermikompos. Oleh itu kepada sesiapa yang ingin menceburi bidang penternakan cacing anda dialu-alukan untuk mengikuti kursus ini. Anda tidak rugi dengan membayar yuran hanya RM99.00 sahaja. Kerana kami akan pastikan para peserta kami boleh buat sendiri di rumah secara kecil-kecilan mahupun menternak secara besar-besaran . Kami akan sentiasa berhubung dengan peserta untuk memantau perkembangan atau masalah yang dihadapi oleh peserta kami.
Maklumat lain mengenai kursus adalah seperti berikut:


Tarikh Kursus : 13, 20, 27 february 2010 (setiap sabtu)


Tempat Kursus : Pusat Latihan Penternakan Dan Penyelidikan Cacing Tanah, Kg.Ramayah Penampang


Masa : 9 AM - 5 PM


Yuran Kursus :
RM99.00 Sahaja (Nota, Sijil dan termasuk makan & minum)

Kandungan Kursus : Teori penternakan cacing tanah, pengunaan vermikompos, praktikal membuat medium (makanan cacing tanah) dan melawat penternakan cacing tanah.

Kami akan menyediakan : Nota 'Penternakan Cacing Tanah', sijil dan makan & minum.

Sebarang pertanyaan sila hubungi :

0138717817 sally







Thursday, January 28, 2010

ARGO GREEN

1 comments
Salam sejahter! Pertama sekali saya ingin memanjatkan syukur kepada Tuhan kerana akhirnya saya telah berjaya mengusahakan sebuah perusahaan sendiri yang diberi nama Agro Green. Mendapat lesen perniagaan atau tubuhkan syarikat bukanlah sesuatu yang perlu dibanggakan sebaliknya di atas sOkongan dan bantuan keluarga, saya amat hargai.. kerana itu saya terus berusaha dan tidak berputus asa walaupun pelbagai dugaan dan rintangan yang telah saya lalui. Saya akan jadikan pengalaman yang lepas sebagai pengajaran dan panduan untuk membina perusahaan yang lebih baik dan berjaya. Walaubagaimanapun perjalanan baru sahaja bermula dan banyak lagi yang perlu diusahakan lebih gigih.
Perniagaan utama perusahaan ini adalah pengeluaran pelbagai jenis tanaman pertanian secara organik seperti sayuran daun, sayur buah seperti lada dan lain-lain. Selain pengeluaran tanaman makanan kami juga mengusahakan penternkan cacing tanah untuk tujuan vermikompos (baja organik dari hasil kumuh cacing). Selain menjual vermikompos tersebut ia juga digunakan di dalam ladang sendiri untuk pengeluaran tanaman makanan organik. Mengikut permintaan pasaran masa kini telah menjadi kepentingan bagi pelanggan untuk memilih sayuran organik untuk kesihatan yang lebih terjamin. Oleh itu saya telah mengambil langkah untuk ke arah pertanian yang selamat. Dari semasa ke semasa saya sentiasa mengikuti perkembangan dalam bidang perusahaan pertanian yang yang ternyata luas jika diterokai. Sekian sahaja untuk kali ini.
Sally
 

AGRO GREEN rakan pertanian anda Design by Insight © 2009