Thursday, January 28, 2010

ARGO GREEN

1 comments
Salam sejahter! Pertama sekali saya ingin memanjatkan syukur kepada Tuhan kerana akhirnya saya telah berjaya mengusahakan sebuah perusahaan sendiri yang diberi nama Agro Green. Mendapat lesen perniagaan atau tubuhkan syarikat bukanlah sesuatu yang perlu dibanggakan sebaliknya di atas sOkongan dan bantuan keluarga, saya amat hargai.. kerana itu saya terus berusaha dan tidak berputus asa walaupun pelbagai dugaan dan rintangan yang telah saya lalui. Saya akan jadikan pengalaman yang lepas sebagai pengajaran dan panduan untuk membina perusahaan yang lebih baik dan berjaya. Walaubagaimanapun perjalanan baru sahaja bermula dan banyak lagi yang perlu diusahakan lebih gigih.
Perniagaan utama perusahaan ini adalah pengeluaran pelbagai jenis tanaman pertanian secara organik seperti sayuran daun, sayur buah seperti lada dan lain-lain. Selain pengeluaran tanaman makanan kami juga mengusahakan penternkan cacing tanah untuk tujuan vermikompos (baja organik dari hasil kumuh cacing). Selain menjual vermikompos tersebut ia juga digunakan di dalam ladang sendiri untuk pengeluaran tanaman makanan organik. Mengikut permintaan pasaran masa kini telah menjadi kepentingan bagi pelanggan untuk memilih sayuran organik untuk kesihatan yang lebih terjamin. Oleh itu saya telah mengambil langkah untuk ke arah pertanian yang selamat. Dari semasa ke semasa saya sentiasa mengikuti perkembangan dalam bidang perusahaan pertanian yang yang ternyata luas jika diterokai. Sekian sahaja untuk kali ini.
Sally
 

AGRO GREEN rakan pertanian anda Design by Insight © 2009