Saturday, July 20, 2013

Baja Bio MARDI

Kesedaran pengguna mengenai kepen­tingan makanan yang bebas daripada bahan kimia semakin meningkat kerana ia lebih selamat untuk kesihatan tubuh. Bukan saja selamat untuk dimakan, tapi kaedah penanaman menggunakan baja biologi mengekalkan kualiti tanah, air serta memelihara ekosistem persekitaran.

Pegawai Penyelidik Kanan Program Pengurusan Persekitaran Agro-Industri Pusat Penyelidikan Sumber Strategik, MARDI, Nor Fadilah Abd Halim mempunyai formula dalam menghasilkan baja bio. Produk baja bio pengikat nitrogen, MARDI Growth Medium (MGM) itu diba­ngunkan Nor Fadilah meng­gunakan Tabung Sains, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) me­ngambil masa dua tahun sejak 2010. Foto NOR Fadilah bersama produk baja bio MGM dan anugerah dimenanginya. Pemegang Ijazah Kejuruteraan Kimia Universiti Teknologi Malaysia (UTM) itu memang hebat kerana menerima beberapa anugerah seperti pingat perak dalam Pameran Reka Cipta, Inovasi dan Teknologi Antarabangsa 2011 (ITEX ‘11).

Baja bio MGM, katanya meningkatkan kandu­ngan nitrogen dalam tanah khususnya tanaman sayuran berdaun hijau seperti sawi, salad dan kailan. “Kami menghasilkan baja organik daripada sisa pertanian. “Medium baja bio pe­ngikat nitrogen dihasilkan berbentuk cecair dan digunakan untuk tanaman salad dan kailan selain projek tanaman Rock Melon. “Baja bio tidak ba­nyak berbeza berbanding baja urea tetapi lebih menjimatkan kos,” katanya. Katanya, kos material 55 sen per liter dan mengurang­kan sehingga 95 peratus kos pengeluaran. “Baja bio komersial me­ngandungi satu peratus nitrogen saja dalam baja terbabit. “Bagaimanapun jika kita gunakan medium ini de­ngan mikrob yang kita asing­kan, kita akan mendapat lebih daripada dua peratus kandungan nitrogen dalam baja bio,” katanya.

Katanya, penghasilan produk bio pengikat nitrogen dalam usaha pihaknya mempromosi Teknologi Hijau dalam penghasilan baja bio. Menggunakan slogan ‘lebih cepat dari medium lain dan Teknologi Hijau’, sasaran baja itu adalah petani yang menggunakan projek pertanian organik. “Sebab pertanian organik 100 peratus adalah bio dan ia membantu petani yang mengamalkan pertanian organik sebagai alternatif baja,” katanya. Berkongsi mengenai proses penghasilan baja itu, katanya, pasukan penyelidik projek itu menemui bakteria bermanfaat yang boleh mengikat nitrogen secara bebas. “Selepas kita asingkan, kita kenal pasti ada empat bakteria yang berpotensi untuk dikomersialkan,” katanya.

Memandangkan tumbuhan hijau mengambil masa sebulan untuk membesar, maka dalam dua minggu, kita berikan pembajaan untuk kali kedua. Katanya, teknologi dibangunkan itu sudah diserahkan kepada syarikat baja, All Cosmos Biotech Holdings Sdn Bhd. “Kita menghasilkan baja bio pengikat nitrogen dalam bentuk cecair dan kompos daripada tandan kelapa sawit,” katanya. Dari segi prapengkomersialan, ujian sudah dilakukan terhadap berapa jenis pokok seperti sawi, kailan dan bayam. Hasilnya amat memuaskan. “Sayuran menggunakan baja bio lebih rangup dan manis berbanding baja urea yang agak pahit,” katanya. Katanya, kadar kemanisan rock melon juga lebih tinggi.

Menurutnya, penghasilan produk MGM dalam bentuk serbuk memboleh­kannya tahan lama. “Kalau disimpan dalam bentuk cecair, kita perlu sejukkan dan cara pengendaliannya rumit,” katanya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/17

1 comments:

Herojuta said...

Sesuai untuk sawit?

Post a Comment

Comment with wisely

 

AGRO GREEN rakan pertanian anda Design by Insight © 2009